Quantcast
Channel: hairulafiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 96

Cara Menjahit Baju Kurung

$
0
0
Cara Menjahit Baju Kurung
Ini adalah sticky post, sila scroll ke bawah untuk entri terkini

Assalamualaikum & salam sejahtera. Cara Menjahit Baju Kurung. Cara lengkap menjahit baju kurung yang dibuat khas susulan daripada entri aku yang terdahulu kepada mereka yang ingin belajar menjahit sendiri baju kurung. Disini aku terangkan lebih lanjut cara menjahit yang terkandung di dalam Panduan Baju Kurung ini. Ringkasnya panduan ini menerangkan langkah demi langkah yang dilengkapi dengan ilutrasi bergambar yang amat mudah difahami. 

Terdapat 4 jenis Panduan yang disediakan iaitu :-

1- Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional
Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda. Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.

2- Panduan Menjahit Baju Kurung Moden
Kandungannya adalah cara menjahit baju kurung moden berserta kain kipas belakang. Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat bertepatan dengan anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

3- Panduan Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang
Panduan ini menunjukkan cara menjahit kedua-dua jenis baju kurung iaitu baju kurung riau dan baju kurung Pahang. Ramai yang sering terkeliru dengan nama dua jenis baju kurung ini iaitu baju kurung riau dan baju kurung pahang. Baju kurung riau juga biasa dikenali sebagai baju kurung pesak gantung. Perbezaan utama pada kedua-dua baju ini adalah pada bahagian pesaknya. Cara jahitan leher yang ditunjukkan di dalam panduan ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung tradisional. Cara menjahit kain lipat batik yang juga dikenali sebagai kain selisih depan juga ditunjukkan. 

4- Panduan Menjahit Baju Melayu dan Seluar
Panduan ini menunjukkan cara menjahit baju Melayu bagi lelaki terutamanya menjahit baju Melayu jenis Teluk Belanga atau Johor. Cara-cara menjahit seluar juga ditunjukkan di dalam panduan ini. Ianya amat mudah dengan adanya panduan ini.

Mudahkan hanya perlu ikut sahaja langkah demi langkah dan pastinya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung. Pastinya kemahiran menjahit berjaya dicapai dengan adanya panduan ini dan mungkin suatu hari nanti dapat memberikan pendapatan tambahan pula. Panduan ini juga boleh digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju. Semoga Cara Menjahit Baju Kurung sudah dijelaskan. Jadi jangan ketinggalan, dapatkan Panduan Baju Kurung disini. Semoga Hari Raya nanti akan lebih meriah dengan adanya baju kurung jahitan sendiri. Wassalam...peace out

Kredit : Salmawati Shamsudin

P/s - Sudah aku belikan untuk isteriku...
        



Viewing all articles
Browse latest Browse all 96

Latest Images

Trending Articles